Hatiku berdebar-debar sekali
anak yg exam ibu nya yg lebih debarannya...
BLOG UMMIE
Tuesday, 13 September 2011
Tuesday, 16 August 2011
BLOG UMMIE: Aku ni memang minat sesangat dgn kerja2 tangan ni....
BLOG UMMIE: Aku ni memang minat sesangat dgn kerja2 tangan ni....: "Aku ni memang minat sesangat dgn kerja2 tangan ni... Ini adalah antara contoh sulam2 manik yang aku tgh gila buat untuk masa ni... Sedang el..."
Aku ni memang minat sesangat dgn kerja2 tangan ni...
Ini adalah antara contoh sulam2 manik yang aku tgh gila buat untuk masa ni...
Sedang elok pula dgn musim raya skrg ni kan...aku tengah buat untuk
baju2 raya anak2 ku yg bertiga tu...
Tapi baju ummie nya....tkpe lah, aku nak tengok anak2 yang cantik ...
Tapi...kalau ada yg berminat nak menempah, boleh juga...
Rasanya untuk harini, ini saja lah...
Kalau ada kelapangan, aku post lg la ya...
As-salam......
16 Ramadhan Yang Penuh Makna...
Baru nak berjinak-jinak ngan blog...
Sekadar renungan untuk semua...kerana ini juga biasanya ada terjadi pada diri saya...
Sekadar renungan untuk semua...kerana ini juga biasanya ada terjadi pada diri saya...
Solat dalam keadaan mengantuk
Riwayat:
(al-Bukhari)Hadith:
Diriwayatkan dari Anas r.a : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda : Apabila seseorang mengantuk ketika sedang mengerjakan solat hendaklah ia tidur terlebih dahulu hingga ia mengerti apa yang ia katakan (atau ia bacakan).
Huraian Hadith:
Jika kita merasa sangat mengantuk dan letih eloklah sekiranya kita baring seketika. Selepas itu bangun dan ambillah wudhu' dan tunaikan solat. Ingat! Jangan terus tertidur. Sebenarnya seseorang itu hendaklah bersembahyang dengan kekuatan yang ada pada dirinya. Tidak secara terpaksa hingga tidak sedar tentang bacaan dalam solat mahupun bilangan rakaat yang telah dikerjakan. Solat seperti ini boleh membawa kepada batal. Malah adalah lebih baik sekiranya setiap kali merasa mengantuk kita memperbaharui wudhu' semula kerana dengan cara membasuh muka dan mengenakan air kepada anggota tubuh itu akan dapat menyegarkan semula badan kita dan kita menjadi bersemangat untuk mengerjakan solat.
Semoga mendapat manfaat dari apa yang terkandung dalam hadis di atas.
Subscribe to:
Posts (Atom)